Soalan & Jawapan

1. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan di Oh! T-Shirt?

Terdapat 2 cara untuk membuat tempahan di Oh! T-Shirt iaitu :

a) Tempahan secara online
– Anda perlu mengisikan maklumat penuh di borang tempahan dan kami akan memberikan sebut harga serta cara pembayaran melalui email.

b) Datang terus ke kedai kami
– Sekiranya anda berada berdekatan di kedai kami di Shah Alam, anda boleh terus datang (walk-in) untuk membuat tempahan.

2. Berapakah harga untuk setiap jenis produk di Oh! T-Shirt?

Harga adalah sangat bergantung kepada :

a) Kuantiti tempahan
– Semakin banyak yang anda tempah, semakin murah harga yang kami boleh tawarkan.

b) Jenis baju
– Sila berikan kod t-shirt / baju yang ingin anda tempah kerana harga untuk setiap jenis baju adalah berlainan.

c) Jumlah warna cetakan / sulaman
– Sila emailkan kepada kami design anda serta beritahu kepada kami sama ada anda ingin membuat cetakan atau sulaman pada t-shirt / baju tersebut.

3. Berapakah kuantiti minimum untuk tempahan t-shirt / baju di Oh! T-Shirt?

Kuantiti minimum untuk tempahan adalah sebanyak 1 helai sahaja.

4. Saya sudah lihat pada e-katalog Oh! T-Shirt, tetapi tiada satu jenis design t-shirt / baju yang saya minati. Bolehkah pihak Oh! T-Shirt membuat t-shirt / baju mengikut design saya sendiri?

Ya boleh, ini dipanggil custom made. Kami boleh menjahit semula t-shirt / baju mengikut design anda sendiri. Kuantiti minimum untuk tempahan pula adalah sebanyak 50 helai untuk jenis custom made.

5. Saya mempunyai t-shirt / baju sendiri, bolehkah saya hantar ke Oh! T-Shirt untuk dicetak atau disulam sahaja?

Ya boleh, tetapi kuantiti minimum adalah sebanyak 30 helai ke atas sahaja.

6. Saya berada di lokasi yang jauh dari Oh! T-Shirt (di Brunei, Sabah & Sarawak), bolehkah pihak Oh! T-Shirt menghantar tempahan saya melalui Pos?

Ya boleh, kami juga selalu membuat penghantaran untuk tempahan ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Poslaju Malaysia atau Amber Air Freight (ke Brunei, Sabah & Sarawak). Tetapi kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh anda sendiri.

7. Saya mempunyai banyak lagi pertanyaan, bagaimana pihak Oh! T-Shirt boleh membantu saya?

Jika anda mempunyai soalan lagi, sila terus hubungi khidmat pelanggan kami di ohtshirtselangor@gmail.com atau ditalian 03-5523 6785 atau 017-2290994 (Hotline) atau krew khidmat pelanggan kami.

Review Pelanggan Oh! T-Shirt

Apa kata pelanggan-pelanggan yang dah gunakan perkhidmatan Oh! T-Shirt.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh pelanggan-pelanggan kami.

Berapa minimum order untuk tempahan printing t-shirt?

Minimum order bergantung kepada jenis produk dan teknik printing yang dipilih. Kebiasaannya tempahan bermula sekitar 20 hingga 30 helai untuk satu design.

Berapa lama tempoh siap tempahan?

Kebiasaannya tempahan siap dalam anggaran 7 hingga 14 hari bekerja selepas artwork dan pembayaran deposit disahkan. Tempoh mungkin berubah mengikut kuantiti serta jenis tempahan

Boleh buat design custom sendiri?

Ya. Anda boleh menghantar design sendiri, logo, gambar rujukan atau idea kepada team kami untuk proses semakan dan penyediaan mockup sebelum production dijalankan.

Jenis printing apa yang sesuai untuk baju?

Ia bergantung kepada jenis fabrik, kuantiti dan rekaan. Kami menyediakan silk screen, heat press, sublimation dan embroidery mengikut kesesuaian tempahan pelanggan.

Boleh cetak nama dan nombor berbeza?

Ya. Kami menerima tempahan nama individu, nombor, jabatan atau posisi berbeza terutamanya untuk jersey, uniform syarikat dan pakaian event.

Adakah anda menerima tempahan express atau urgent?

Ya, kami menerima tempahan express bergantung kepada jenis produk, kuantiti dan jadual production semasa. Caj tambahan mungkin dikenakan untuk tempahan segera.

Boleh tempah untuk syarikat atau agensi kerajaan?

Ya. Kami berpengalaman menguruskan tempahan daripada syarikat swasta, sekolah, universiti, NGO dan agensi kerajaan untuk pelbagai jenis pakaian serta cenderahati korporat. Kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Adakah anda menyediakan penghantaran seluruh Malaysia?

Ya. Tempahan boleh dihantar ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan kurier yang sesuai mengikut lokasi pelanggan.

Bagaimana cara mendapatkan sebut harga?

Anda hanya perlu menghantar jenis produk, kuantiti, design dan tarikh diperlukan melalui WhatsApp atau datang terus ke showroom kami di Seksyen 7 Shah Alam. Team kami akan menyediakan quotation berdasarkan spesifikasi tempahan anda.

Boleh datang terus ke showroom?

Ya. Anda boleh walk in ke showroom kami di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor untuk melihat sample produk, memilih material dan berbincang terus bersama team kami mengenai tempahan yang diperlukan.

Printing T-Shirt Malaysia Direct Kilang

Tempah t-shirt custom terus dari kilang dengan pelbagai pilihan material, warna dan teknik cetakan berkualiti. Kami menyediakan perkhidmatan t-shirt printing untuk syarikat, sekolah, universiti, family day, sukan, reunion dan acara korporat dengan harga berpatutan serta penghantaran ke seluruh Malaysia.

Servis Printing Baju Berkualiti di Malaysia

Menyediakan perkhidmatan printing baju untuk pelanggan individu, syarikat, sekolah, universiti dan organisasi di seluruh Malaysia. Daripada tempahan kecil sehingga pukal, setiap order diuruskan dengan lebih teliti bagi memastikan hasil printing, sulaman dan jahitan lebih kemas serta berkualiti. Team kami juga membantu pelanggan memilih material dan teknik printing yang sesuai mengikut bajet serta keperluan tempahan.

Printing Baju & Uniform Custom di Malaysia

Menyediakan servis printing t-shirt, uniform korporat, jersey sublimation dan custom apparel untuk pelbagai jenis tempahan di seluruh Malaysia. Dengan pilihan material berkualiti dan teknik printing moden seperti silk screen, heat press serta embroidery, setiap tempahan dihasilkan dengan lebih kemas dan tahan lama. Team kami turut membantu pelanggan memilih produk serta jenis cetakan yang sesuai mengikut bajet dan kegunaan tempahan.

Printing Jersey Sublimation Malaysia

Printing jersey sublimation menjadi pilihan popular untuk sukan, event, esports dan aktiviti berkumpulan kerana menghasilkan cetakan full print yang lebih terang, tahan lama serta selesa dipakai. Kami menyediakan pelbagai pilihan jersey custom dengan design moden mengikut keperluan pelanggan. Teknik sublimation sesuai untuk tempahan pasukan sekolah, syarikat, futsal, badminton, marathon dan pelbagai jenis apparel sukan custom di seluruh Malaysia.

Pembekal Cenderahati Korporat Shah Alam

Kami membekalkan pelbagai pilihan cenderahati korporat dan merchandise promosi untuk seminar, event, syarikat, universiti dan program rasmi. Antara produk yang disediakan termasuk lanyard, plaque, medal, trophy, tote bag, gift set dan pelbagai barangan custom logo. Setiap produk boleh disesuaikan mengikut konsep program, identiti syarikat dan bajet pelanggan bagi menghasilkan hadiah korporat yang lebih eksklusif serta profesional.

Aduan & Pendapat
Tempah T-Shirt Printing Harga Direct Kilang Shah Alam

Nak Tempah Printing T-Shirt & Cenderahati?

Mesej kami sekarang untuk pertanyaan dan dapatkan sebut harga dengan respon yang pantas.

Berpengalaman Respon Pantas Direct Kilang