Blog

Blog Oh! T-Shirt

Dapatkan tips, idea dan informasi terkini mengenai tempahan t shirt, uniform korporat, cenderahati korporat dan promosi terkini dari Oh! T-Shirt.

Tempahan Dari Sabah & Sarawak

Cetak Baju & Cenderahati Terus Dari Kilang Oh! T-Shirt

Jauh di Borneo? No problem. Oh t-shirt menerima tempahan dari Sabah & Sarawak untuk pakaian custom dan cenderahati korporat dengan harga terus kilang. Kami urus dari rekaan hingga penghantaran, siap mock-up percuma dan inshaAllah selamat sampai, sesuai untuk sekolah, agensi, kelab sukan, syarikat dan komuniti.

Apa Yang Kami Tawarkan?

  • Pakaian custom: jersey sublimation, baju korporat (polo/mandarin/kemeja), t-shirt cotton & microfiber, jaket/hoodie.

  • Cenderahati: lanyard, tote/non-woven/jute bag, mug, payung, pen, tag nama, medal kayu/akrilik.

  • Printing: sulaman (embroidery), silkscreen, DTF/heat transfer, sublimation.

Proses Tempahan (Ringkas & Tersusun)

  1. Konsultasi & sebut harga: hantar logo/referensi, kuantiti & tarikh perlukan, selepas setuju pembayaran dibuat.

  2. Pengesahan rekaan: semak saiz, warna,  posisi serta rekaan, selepas disahkan baru kita hantar ke produksi.

  3. Produksi: print → heat press/sulam/cetak → potong/ jahit → QC.

  4. Penghantaran ke Sabah/Sarawak: jejak (tracking) hingga produk diterima.

Tempoh tempahan siap: lazimnya ia bergantung kepada produk yang dibuat (sila rujuk dengan agent jualan kami). Seterusnya, masa transit bergantung kaedah penghantaran (di bawah).

Spesifikasi Artwork (supaya hasil mantap)

  • Format: AI/PDF/SVG (font di-outline). Imej raster ≥300 dpi pada saiz sebenar. jika tiada cukup hantar kami gambar rujukan untuk dibuat semula (charge tambahan mungkin dikenakan).

  • Format Warna: hanya dalam bentuk CMYK, jika dihantar dalam format RGB, hasil akhir mungkin sedikit berbeza dari yang sepatutnya.

Fabrik & Teknik (Pilih Ikut Kegunaan)

  • Fabrik: Polyester Interlock / Microfiber Eyelet/Diamond/Pindot (ringan & cepat kering), Micro Pique (polo), Cotton/Combed Cotton (sejuk & selesa).

  • Teknik: bergantung kepada keperluan customer dan juga baju (agent jualan akan lihat dan berikan panduan jika tidak pasti)

    • Sublimation – full warna, gradien & motif menyeluruh.

    • DTF/Heat transfer – nama/nombor atau grafik kecil penuh warna.

    • Silkscreen – jimat untuk 1–3 warna solid.

    • Sulaman – premium & tahan lasak (logo/nama).

Personalisasi & Saiz

  • Nama individu, nombor, jabatan/unit

  • Carta saiz lengkap lengkap akan diberi Unisex/Muslimah/kanak-kanak; ladies cut tersedia (untuk custom korporat sahaja)

MOQ, Harga & Timeline

  • MOQ: bergantung produk (contoh jersey 20–30 helai; cenderahati 30–100 unit).

  • Faktor harga: fabrik, rekaan, printing, aksesori & kuantiti.

  • Timeline: bergantung pada jenis produk (sila rujuk agent jualan kami) + masa transit (rujuk bawah).

Penghantaran Ke Sabah & Sarawak

  • Kurir J&T, Flash & Gdex (standard): anggaran 5–7 hari bekerja selepas siap produksi.

  • Jika ade spesifik kurir diperlukan sila maklum dahulu kepada agent jualan untuk memudahkan proses penghantaran.

  • Kos kiriman mengikut berat sebenar/volumetrik & lokasi (bandar/pedalaman). Kami kongsikan anggaran semasa sebut harga dan bantu pilih opsyen paling jimat mengikut tarikh acara.

Pembungkusan & Jaminan

  • Pakaian: polybag individu, batulan guni plastik tebal.

  • cenderahati rapuh: double box + bubble wrap + fragile label.

  • Laporkan kerosakan dalam masa 3 hari bekerja untuk bantuan gantian/claim (jika berkenaan).

Tip Jimat Kos Penghantaran

  • Gabung pesanan (team/kelas/jabatan) ke satu alamat.

  • Pilih material ringan (microfiber/polyester) untuk kuantiti besar.

  • Kekalkan 1–2 warna silkscreen atau guna sublimation bagi rekaan kompleks (jimat kos per helai bila kuantiti meningkat).

  • Rancang tarikh acara → elak caj express.

FAQ Ringkas

Boleh hantar ke kawasan pedalaman/pulau? Ya, masa transit mengukut kurir penghantaran.
Boleh cetak nama/nombor berbeza? Boleh—hantar senarai nama/nombor.
Kalau saiz tersalah? Hubungi kami segera; kami bantu opsyen tukar/ulang cetak (T&C).

Tempah Dari Sabah & Sarawak Sekarang

Jika anda berminat untuk menempah dan ingin tahu harga yang kami tawarkan, sila hubungi kami di talian 017-2290994 atau boleh lawati website kami untuk lihat Promosi yang tersedia.

LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)

Oh Tshirt (Kilangjahit.com)
21, Jalan Keluli AP7/AP, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
+603-5523 6690 (Office)

Review Pelanggan Oh! T-Shirt

Apa kata pelanggan-pelanggan yang dah gunakan perkhidmatan Oh! T-Shirt.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh pelanggan-pelanggan kami.

Berapa minimum order untuk tempahan printing t-shirt?

Minimum order bergantung kepada jenis produk dan teknik printing yang dipilih. Kebiasaannya tempahan bermula sekitar 20 hingga 30 helai untuk satu design.

Berapa lama tempoh siap tempahan?

Kebiasaannya tempahan siap dalam anggaran 7 hingga 14 hari bekerja selepas artwork dan pembayaran deposit disahkan. Tempoh mungkin berubah mengikut kuantiti serta jenis tempahan

Boleh buat design custom sendiri?

Ya. Anda boleh menghantar design sendiri, logo, gambar rujukan atau idea kepada team kami untuk proses semakan dan penyediaan mockup sebelum production dijalankan.

Jenis printing apa yang sesuai untuk baju?

Ia bergantung kepada jenis fabrik, kuantiti dan rekaan. Kami menyediakan silk screen, heat press, sublimation dan embroidery mengikut kesesuaian tempahan pelanggan.

Boleh cetak nama dan nombor berbeza?

Ya. Kami menerima tempahan nama individu, nombor, jabatan atau posisi berbeza terutamanya untuk jersey, uniform syarikat dan pakaian event.

Adakah anda menerima tempahan express atau urgent?

Ya, kami menerima tempahan express bergantung kepada jenis produk, kuantiti dan jadual production semasa. Caj tambahan mungkin dikenakan untuk tempahan segera.

Boleh tempah untuk syarikat atau agensi kerajaan?

Ya. Kami berpengalaman menguruskan tempahan daripada syarikat swasta, sekolah, universiti, NGO dan agensi kerajaan untuk pelbagai jenis pakaian serta cenderahati korporat. Kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Adakah anda menyediakan penghantaran seluruh Malaysia?

Ya. Tempahan boleh dihantar ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan kurier yang sesuai mengikut lokasi pelanggan.

Bagaimana cara mendapatkan sebut harga?

Anda hanya perlu menghantar jenis produk, kuantiti, design dan tarikh diperlukan melalui WhatsApp atau datang terus ke showroom kami di Seksyen 7 Shah Alam. Team kami akan menyediakan quotation berdasarkan spesifikasi tempahan anda.

Boleh datang terus ke showroom?

Ya. Anda boleh walk in ke showroom kami di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor untuk melihat sample produk, memilih material dan berbincang terus bersama team kami mengenai tempahan yang diperlukan.

Printing T-Shirt Malaysia Direct Kilang

Tempah t-shirt custom terus dari kilang dengan pelbagai pilihan material, warna dan teknik cetakan berkualiti. Kami menyediakan perkhidmatan t-shirt printing untuk syarikat, sekolah, universiti, family day, sukan, reunion dan acara korporat dengan harga berpatutan serta penghantaran ke seluruh Malaysia.

Servis Printing Baju Berkualiti di Malaysia

Menyediakan perkhidmatan printing baju untuk pelanggan individu, syarikat, sekolah, universiti dan organisasi di seluruh Malaysia. Daripada tempahan kecil sehingga pukal, setiap order diuruskan dengan lebih teliti bagi memastikan hasil printing, sulaman dan jahitan lebih kemas serta berkualiti. Team kami juga membantu pelanggan memilih material dan teknik printing yang sesuai mengikut bajet serta keperluan tempahan.

Printing Baju & Uniform Custom di Malaysia

Menyediakan servis printing t-shirt, uniform korporat, jersey sublimation dan custom apparel untuk pelbagai jenis tempahan di seluruh Malaysia. Dengan pilihan material berkualiti dan teknik printing moden seperti silk screen, heat press serta embroidery, setiap tempahan dihasilkan dengan lebih kemas dan tahan lama. Team kami turut membantu pelanggan memilih produk serta jenis cetakan yang sesuai mengikut bajet dan kegunaan tempahan.

Printing Jersey Sublimation Malaysia

Printing jersey sublimation menjadi pilihan popular untuk sukan, event, esports dan aktiviti berkumpulan kerana menghasilkan cetakan full print yang lebih terang, tahan lama serta selesa dipakai. Kami menyediakan pelbagai pilihan jersey custom dengan design moden mengikut keperluan pelanggan. Teknik sublimation sesuai untuk tempahan pasukan sekolah, syarikat, futsal, badminton, marathon dan pelbagai jenis apparel sukan custom di seluruh Malaysia.

Pembekal Cenderahati Korporat Shah Alam

Kami membekalkan pelbagai pilihan cenderahati korporat dan merchandise promosi untuk seminar, event, syarikat, universiti dan program rasmi. Antara produk yang disediakan termasuk lanyard, plaque, medal, trophy, tote bag, gift set dan pelbagai barangan custom logo. Setiap produk boleh disesuaikan mengikut konsep program, identiti syarikat dan bajet pelanggan bagi menghasilkan hadiah korporat yang lebih eksklusif serta profesional.

Aduan & Pendapat
Tempah T-Shirt Printing Harga Direct Kilang Shah Alam

Nak Tempah Printing T-Shirt & Cenderahati?

Mesej kami sekarang untuk pertanyaan dan dapatkan sebut harga dengan respon yang pantas.

Berpengalaman Respon Pantas Direct Kilang